Monday, May 24, 2010

SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PENDIDIKAN ISLAM DAERAH PASIR GUDANG

Program ini dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang dengan kerjasama Majlis Guru Cemerlang Pendidikan Islam/Bahasa Arab pada 24 Mei 2010 di PPD Pasir Gudang. Tahniah kepada rakan-rakan GC yang telah bekerjasama menjayakan program ini. Tahniah kepada Ustazah Kamisah bt Mohd Napiah ( SMK Taman Rinting 2 ) - Johan kategori Sekolah Menengah dan Ustazah Noor Wahimah bt Mahat ( SK Pasir Gudang 4 ) - Johan kategori Sekolah Rendah dan pemenang-pemenang yang lain. Terima kasih kerana telah berkongsi idea dan pengalaman untuk menjalankan P & P dengan lebih berkesan dan menarik minat pelajar.

MULTAQA GURU PENDIDIKAN ISLAM DAERAH PASIR GUDANG

Program ini telah diadakan di SMKA Johor Bahru pada 22 Mei 2010. Ceramah oleh Ustaz Hanafiah bin Abd Razak ( Jabatan Mufti Johor ) - isi-isi penting : 1. Guru - guru agama diberi pengiktirafan oleh Allah SWT di dalam surah al-A'raf ayat 181 ( dan di antara orang-orang yang kami ciptakan ada umat yang memberi petunjuk dengan hak dan dengan hak itu pula mereka menjalankan keadilan ). 2. Hadis nabi -riwayat Ibnu Majah : ... sekumpulan daripada umatku - tidak memberi kemudharatan kepada mereka - sesiapa yang sering menyalahkannya dan sesiapa yang mencari kelemahannya = GPI - jangan lemah semangat / rasa kecewa dan berputus asa. 3. Pesan Rasulullah saw kepada Saidina Umar r.a. : Bersemangat untuk melakukan perkara yang memberi manfaat / Mohonlah dengan Allah ( berdoa ) / Jangan berputus asa
4. Fahamilah tugas sebagai seorang muallim, mudarris, murabbi, muaddib.

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU


Selamat Hari Guru buat semua guru yang telah mengajar saya - khasnya Ustaz Jawahir, Cikgu Arsyad dan Cikgu Noor Aini - terima kasih kerana telah menjadikan saya seorang guru pada hari ini. Semoga Allah memberkati segala usaha para guru kita.
Gambar 1 : 
Ustaz Jawahir ( guru & bapa ) di Kuala Woh -  1991

Gambar 2 :
Cikgu Arsyad - guru Sains

Gambar 3 :
Barisan Pendidik Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh - 1991

Friday, May 14, 2010

SIJIL PENGHARGAAN PPD PASIR GUDANG


Keputusan  SPM 2009, telah menempatkan Tasawwur Islam sebagai salah satu daripada mata pelajaran yang mendapat pengiktirafan PPD Pasir Gudang untuk kategori Peningkatan Gred Purata Mata Pelajaran ( GPMP )  . Harapan kepada calon SPM 2010 agar dapat meneruskan kecemerlangan ini.

PROGRAM GALUS TASAWWUR ISLAM SPM

Program ini diadakan pada 12 Mei 2010 ( Rabu ) - jam 1.10 - 2.10 petang di kelas Permata An-Nur.
Kehadiran agak baik dan para pelajar bersemangat tinggi untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam Tasawwur Islam. Tahniah dan yakinlah bahawa jika kita berusaha bersungguh - sungguh pasti berjaya. Katakan YA pada kejayaan !

PROGRAM GALUS PENDIDIKAN ISLAM SPM

Program ini telah dijalankan pada hari Selasa ( 11 Mei 2010 ) jam 1.10 - 2.10 petang. Tujuannya adalah untuk membantu para pelajar yang mendapat keputusan 8E dan 9G semasa peperiksaan akhir tahun 2009 agar sekurang-kurangnya lulus dalam Pendidikan Islam SPM. Namun kehadiran agak menyedihkan - harapannya agar para pelajar sedar dan kembali bangkit untuk mencapai kejayaan. Katakan TIDAK pada kegagalan !

Sunday, May 9, 2010

JADUAL PROGRAM MINGGU INI

ISNIN - 8.00 pagi : Bengkel Penandaan Tasawwur Islam di SMK Seri Kota Puteri
             2.30 petang : Mesyuarat Pelaksanaan Kajian Tindakan Guru Cemerlang Pendidikan Islam di
                                 SK Seri Kota Puteri
SELASA - 1.10 petang : Program GALUS Pendidikan Islam di Kelas Permata an-Nur
RABU -1.10 petang : Program GALUS Tasawwur Islam di Bilik Tayang
KHAMIS - 8.30 pagi : Program Immersion Pendidikan Islam di SMK Tanjung Puteri Resort
JUMAAT - 2.00 petang : Program Pengukuhan Solat di Bilik Pendidikan Islam

Saturday, May 8, 2010

SIJIL PENGHARGAAN UNTUK TASAWWUR ISLAM

Terima kasih kepada calon SPM 2009 bagi mata pelajaran Tasawwur Islam kerana melonjakkan peratus kelulusan Tasawwur Islam. Harapan kepada calon SPM 2010 - agar kita dapat mencapai peratus lulus - 100 % dan bilangan pelajar yang mendapat A+, A- dan A bertambah. Tawaran istimewa - jika anda mendapat A+,A- dan A untuk mata pelajaran Tasawwur Islam dalam SPM 2010.

KURSUS DAN BENGKEL P & P BERKESAN

Pada 8 Mei 2010, Biro Latihan dan Kursus Panitia Pendidikan Islam Daerah Pasir Gudang telah berjaya menganjurkan Kursus dan Bengkel P & P Berkesan di PPD Pasir Gudang. Terima kasih kepada Ustaz Khairul Anwar bin Haji Ramlan - Guru Cemerlang dan Guru Inovasi Negeri Johor kerana sudi menyampaikan ilmu dan memberi motivasi untuk kami menjayakan P & P dengan lebih berkesan.
Sehubungan dengan itu, satu pertandingan membina bahan P & P dilancarkan dan tarikh tutupnya pada 21 Jun 2010.

PROGRAM CERAMAH TEKNIK MENJAWAB TASAWWUR ISLAM

Pada 29 April 2010, bertempat di Bilik Tayang telah diadakan Ceramah Teknik Menjawab Tasawwur Islam. Terima kasih diucapkan kepada Ustazah Zuriati bt Abd Razak - Guru Cemerlang dari SMK Pasir Gudang 2 kerana sudi menyampaikan ceramah. Cuma dukacitanya, seramai 10 orang pelajar tidak mengikuti program ini kerana tidak hadir ke sekolah. semoga para pelajar telah mendapat panduan yang secukupnya untuk menghadapi kertas peperiksaan Tasawwur Islam dan seterusnya mencapai keputusan yang cemerlang.

PROGRAM SENTUHAN GEMILANG TASAWWUR ISLAM

Pada 16 - 17 April 2010, Panitia Tasawwur Islam telah menganjurkan Program Sentuhan Gemilang di Pusat Latihan Air SAJ, Sungai Layang. Seramai 43 orang pelajar-calon Tasawwur Islam 2010 telah menyertai program ini. Harapan - agar prestasi Tasawwur Islam terus meningkat dari segi peratus kelulusan dan peratus kualiti.