Saturday, February 26, 2011

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W. PERINGKAT SMK PASIR GUDANG 3

Johan Pertandingan Perarakan - Tingkatan 5 ST
Alhamdulillah, program ini telah berjaya dilaksanakan pada 26 Februari 2011 ( Sabtu ). Majlis bermula dengan perarakan yang dikendalikan oleh Cikgu Radhi-sarapan pagi diuruskan Cikgu Ida Marlini dan rakan-rakan. Acara dewan bermula jam 9.30 pagi  dengan ucapan Pengerusi Majlis - Cikgu Ikhwan, ucapan Penyelaras MAKDIS - Ustaz Adhar, persembahan pelajar yang diurus oleh Ustazah Nor Aznita dan Ustazah Hadawiah. Majlis diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mahmood bin Kassim, Penolong PPD Pendidikan Islam, Daerah Pasir Gudang. Kemuncak majlis adalah penyampaian hadiah untuk pertandingan Kuiz, Azan, Melukis Poster, Penulisan Dakwah, Perarakan dan Anugerah Khas Maulidur Rasul S.A.W. Majlis diakhiri dengan selawat dan makan tengahari

Wednesday, February 23, 2011

PERSEMBAHAN KOMPANG

Pada 21 Februari 2011, pasukan kompang SMK Pasir Gudang 3 telah dijemput untuk membuat persembahan bagi menyambut kedatangan peserta Festival Layang-Layang Sedunia kali ke-16 di Homestay Perigi Acheh. Seramai 6 orang pelajar telah menjayakan persembahan kompang dan diiringi oleh dua orang guru Penasihat Kelab Nasyid dan Kompang  Ustazah Marlina dan Puan Nor Faizan

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W.

Tarikh : 26 Februari 2011 ( Sabtu )
Tempat : Padang dan Dewan SMK Pasir Gudang 3
Pengisian : 1. Perarakan
                 2. Persembahan
                 3. Ceramah
                 4. Penyampaian hadiah : Azan / Melukis Poster / Penulisan Dakwah / Kuiz / Anugerah Khas
" 1 Malaysia 1 Ummah " 

PROGRAM PEMANTAPAN ROHANI

Tarikh : 25 - 26 Februari 2011 ( Jumaat - Sabtu )
Tempat : Bilik Pendidikan Islam, Surau ar-Raudhah dan Dewan
Pengisian : 1. Solat Maghrib berjemaah
                 2. Kuliah Maghrib
                 3. Solat Isyak berjemaah
                 4. LDK
                 5. Qiamullail
Peserta : Pelajar Tingkatan 2 KT1, 1 PD1 dan 10 orang ahli Persatuan Agama Islam

MAJLIS TADARUS AL-QURAN PERINGKAT SMK PASIR GUDANG 3

Tarikh : 24 Februari 2011 ( Khamis )
Masa  : 2.30 petang
Tempat : Bilik Pendidikan Islam, Bilik Tayang & Surau ar-Raudhah
Acara : 1. Kuiz
            2. Tilawah al-Quran
            3. Tulisan Khat

Monday, February 21, 2011

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA @ HARMONI


Program ini telah diadakan pada 20 Februari 2011 di Padang Permainan Harmoni. Program dimulakan pada jam 8.15 pagi oleh Pengerusi Majlis merangkap Timbalan Pengerusi Persatuan Permuafakatan Penduduk Jalan Harmoni ( Cikgu Rashid ), diikuti dengan ucapan Pengerusi Persatuan ( Ustaz Adhar ), senam pagi dekendalikan oleh Encik Zainuddin - seterusnya aktiviti menanam pokok - sarapan pagi dan penyampaian hadiah cabutan bertuah. Majlis berakhir pada jam 10.15 pagi selepas perlawanan bola sepak terpaksa ditamatkan kerana bola pecah disepak pemain.

PERTANDINGAN SEMPENA MAULIDUR RASUL S.A.W

  1. Pertandingan Azan ( 18/2/2011 )
  2. Penulisan Dakwah
  3. Melukis Poster ( 25/2/2011 )
  4. Kuiz ( 25/2/2011 )
  5. Perarakan ( 26/2/2011 )

PROGRAM MINGGU INI ( 21 - 27 FEBRUARI 2011 )

22- 24/2/2011 - Ujian Penilaian 1
24/2/2011 - Majlis Tadarus al-Quran Peringkat SMK Pasir Gudang 3
25/2/2011 - Program TAQWA Tingkatan 3 / Program Pemantapan Rohani
26/2/2011 - Qiamullail / Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat SMK Pasir Gudang 3
27/2/2011 - Program YDP MPPG Turun Padang ke Zon Nusa Damai

Monday, February 14, 2011

PROGRAM MINGGU INI

14/02/2011 - Mesyuarat AJK Biro Kursus dan Latihan, Panitia Pendidikan Islam Daerah Pasir Gudang di 
PPD Pasir Gudang
15/02/2011 - Mesyuarat JKP Taman Nusa Damai di TS Hotel
16/02/2011 - KMK Panitia Pendidikan Islam SMK Pasir Gudang 3
17/02/2011 - Acara Sebelum Sukan ( Ketua Penjaga Masa )
18/02/2011 - Pertandingan Azan sempena Maulidur Rasul S.A.W.
19/02/2011 - Sekolah ganti
20/02/2011 - Gotong-royong Perdana Zon Harmoni, Taman Nusa Damai

Thursday, February 10, 2011

BENGKEL PEMBINAAN MODUL P & P

Program ini diadakan di SMK Taman Rinting 2. Gabungan tenaga 3 orang Guru Cemerlang Pendidikan Islam Daerah Pasir Gudang telah berjaya menghasilkan satu modul P & P. Roadshow akan diadakan pada 10 Mac 2011 di SMK Taman Mount Austin. Semoga dapat membantu rakan-rakan GPI

MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAERAH PASIR GUDANG

Program ini diadakan pada 9 Februari 2011 di SABK Madrasah al-Attas. Insya Allah akan terus menggerakkan Biro Kursus dan Latihan sebagai Ketua Biro. Pelaksanaan semua program MAKDIS akan terus dimantapkan lagi. Prestasi PMR bagi tahun 2011 akan ditingkatkan lagi dengan memberi tumpuan kepada pelajar yang lemah.

Tuesday, February 1, 2011

CUTI SEMPENA TAHUN BARU CINA

ZCuti panjang mulai 29 Januari 2011 - 6 Februari 2011. Hujan turun sepanjang hari - projek terkini : kemas kini keratan akhbar sebagai BBM. Tugas seterusnya : edit Teks Syarahan Agama MTQ 2011.