Thursday, June 23, 2011

KURSUS DAN BENGKEL LESSON STUDY

Pada 23 Jun 2011 bertempat di Dewan Seminar SK Seri Kota Puteri 4 telah diadakan Kursus Lesson Study. Program yang berasal dari Jepun  ini memberi maksud amalan guru secara KOLABORASI  dalam merancang pengajaran - membuat pemerhatian - membuat refleksi - membuat penambah baikan dalam P & P. Program seterusnya adalah : Kursus Lesson Study kepada semua Ketua Panitia Pendidikan Islam Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Daerah Pasir Gudang pada 19 Julai 2011 di SMK Pasir Gudang 2.

Monday, June 20, 2011

KHEMAH IBADAT / KEM BUGARKAN MINDAKU

LAWATAN DI TASIK ILMU
BERJALAN MASUK MASUK KE HUTAN REKREASI
MENDIRIKAN KHEMAH

SOLAT MAGHRIB
GURU PEREMPUAN TURUT SERTAI JUNGLE TRACKING
RIVER TRACKING
SESI MAKAN DALAM DULANG
PERTANDINGAN PERSEMBAHAN - JOHAN
 
Pada 17 - 18 Jun 2011, MAKDIS SMK PASIR GUDANG 3 dengan kerjasama Persatuan Agama Islam, Pergerakan Puteri Islam dan Kelab Komputer menganjurkan Khemah Ibadat - turut serta Panitia Tasawwur Islam yang menganjurkan Kem Bugarkan Mindaku. Lokasi : Hutan Rekreasi UTM. Seramai 78 orang pelajar menyertai program ini bersama 9 orang guru pengiring.