Monday, February 27, 2012

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT TAMAN NUSA DAMAI

Pada 26 Februari 2012, JKP Zon Nusa Damai telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW di Surau Taman Nusa Damai. Majlis dimulakan dengan perarakan - bacaan al-Quran, berzanji dan marhaban, nasyid. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Mohd Rifqi bin Myiddin dari SMK Taman Universiti. Majlis diakhiri dengan jualan buku dan jamuan makan. Alhamdulillah telah dapat menjalankan tugas sebagai Bendahari dan AJK Banner/Backdrop/Sepanduk, Buku Program dan Jemputan Penceramah.

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SMK PASIR GUDANG 3

Pada 25 Februari 2012 ( Sabtu ), MAKDIS SMK Pasir Gudang 3 telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW. Acara dimulakan dengan pertandingan perarakan diikuti dengan persembahan pentomen, ceramah disampaikan oleh Ustaz Abdullah bin Ahmad, Pegawai Agama Felda Wilayah Johor Bahru dan penyampaian hadiah pertandingan. Majlis diakhiri dengan jamuan makan - nasi briani, daging masak kurma dan pajeri nenas

Friday, February 17, 2012

MAJLIS PERPISAHAN USTAZ MAHMOOD BIN KASSIM

Pada 17/02/2012, Unit Pengurusan Akademik PPD Pasir Gudang telah menganjurkan majlis perpisahan untuk Ustaz Mahmood bin Kassim Penolong PPD Pendidikan Islam yang telah naik pangkat ke jawatan Penolong Pengarah Dakwah dan Kepimpinan JPN Johor. Kehadiran mewakili Majlis Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah

Thursday, February 16, 2012

BENGKEL PEMBINAAN MODUL SOALAN TUDINGAN PMR 2012

Pada 16/2/2012 di SMK Taman Desa Jaya telah diadakan Bengkel Pembinaan Modul Soalan Tudingan PMR 2012 diketuai oleh Ustazah Suraiya bt Ashari dan disertai oleh 5 orang Guru Cemerlang Pendidikan Islam. Turut hadir : Ustaz Mahmood bin Kassim, Penolong PPD Pendidikan Islam

MESYUARAT AJK TERTINGGI PERSATUAN PERMUAFAKATAN PENDUDUK JALAN HARMONI

Pada 15/2/2012 jam 9.00 malam, alhamdulillah telah mempengerusikan mesyuarat AJK TERTINGGI Persatuan Permuafakatan Penduduk Jalan Harmoni di Restoran RUZA. Agenda : AJK 2012/2013, Perancangan Aktiviti 2012, Perlembagaan Persatuan, Surau Harmoni, Program anjuran JKP Zon Nusa Damai dan Program anjuran MPPG. Mesyuarat berakhir pada jam 11.00 malam dengan jamuan yang ditaja oleh pemilik Restoran RUZA.

Sunday, February 12, 2012

KELAS TAMBAHAN 2012

JK Program Peningkatan Akademik 2012 telah bersetuju untuk menganjurkan Kelas Tambahan bagi semua pelajar tingkatan 3 dan 5 mulai 13 Februari 2012 ( 1.10 - 2.10 petang ). Kelas akan diadakan pada setiap hari Isnin dan Selasa.

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT HARMONI @ NUSA DAMAI


Pada 10 Februari 2012 ( Jumaat ) telah diadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. Peringkat Harmoni @ Nusa Damai. Pentazkirah undangan : Ustaz Nasir dari SMK Permas Jaya 3.Antara isi tazkirah : kita kena berusaha mengamalkan segala sunnah Rasulullah S.A.W dan untuk berubah perlu ada 5 I - Informasi/Intelek/Ilmiah///Islamik. Aturcara majlis : Solat Maghrib , Bacaan Yasin, Tazkirah, Solat Isyak, Mesyuarat Agung Persatuan Permuafakatan Penduduk Jalan Harmoni dan Jamuan

Thursday, February 9, 2012

KELAHIRAN CAHAYA MATA

ALHAMDULILLAH, pada 8 Februari 2012 - jam 3.30 petang di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru lahir anak keempat ( perempuan ) . Terima kasih kepada doktor dan jururawat yang bertugas tanpa mengira masa. Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi ucapan tahniah dan bertanya khabar

Thursday, February 2, 2012

PERJUMPAAN KOKURIKULUM - PERSATUAN AGAMA ISLAM

Pada 1/2/2012 bertempat di Bilik Pendidikan Islam telah diadakan perjumpaan bulanan. Antara aktiviti yang telah dijalankan : Nasyid Asmaul Husna, Solat Zohor secara berjemaah dan Gotong Royong membersihkan surau dan Bilik Pendidikan Islam