Saturday, May 8, 2010

SIJIL PENGHARGAAN UNTUK TASAWWUR ISLAM

Terima kasih kepada calon SPM 2009 bagi mata pelajaran Tasawwur Islam kerana melonjakkan peratus kelulusan Tasawwur Islam. Harapan kepada calon SPM 2010 - agar kita dapat mencapai peratus lulus - 100 % dan bilangan pelajar yang mendapat A+, A- dan A bertambah. Tawaran istimewa - jika anda mendapat A+,A- dan A untuk mata pelajaran Tasawwur Islam dalam SPM 2010.

KURSUS DAN BENGKEL P & P BERKESAN

Pada 8 Mei 2010, Biro Latihan dan Kursus Panitia Pendidikan Islam Daerah Pasir Gudang telah berjaya menganjurkan Kursus dan Bengkel P & P Berkesan di PPD Pasir Gudang. Terima kasih kepada Ustaz Khairul Anwar bin Haji Ramlan - Guru Cemerlang dan Guru Inovasi Negeri Johor kerana sudi menyampaikan ilmu dan memberi motivasi untuk kami menjayakan P & P dengan lebih berkesan.
Sehubungan dengan itu, satu pertandingan membina bahan P & P dilancarkan dan tarikh tutupnya pada 21 Jun 2010.

PROGRAM CERAMAH TEKNIK MENJAWAB TASAWWUR ISLAM

Pada 29 April 2010, bertempat di Bilik Tayang telah diadakan Ceramah Teknik Menjawab Tasawwur Islam. Terima kasih diucapkan kepada Ustazah Zuriati bt Abd Razak - Guru Cemerlang dari SMK Pasir Gudang 2 kerana sudi menyampaikan ceramah. Cuma dukacitanya, seramai 10 orang pelajar tidak mengikuti program ini kerana tidak hadir ke sekolah. semoga para pelajar telah mendapat panduan yang secukupnya untuk menghadapi kertas peperiksaan Tasawwur Islam dan seterusnya mencapai keputusan yang cemerlang.

PROGRAM SENTUHAN GEMILANG TASAWWUR ISLAM

Pada 16 - 17 April 2010, Panitia Tasawwur Islam telah menganjurkan Program Sentuhan Gemilang di Pusat Latihan Air SAJ, Sungai Layang. Seramai 43 orang pelajar-calon Tasawwur Islam 2010 telah menyertai program ini. Harapan - agar prestasi Tasawwur Islam terus meningkat dari segi peratus kelulusan dan peratus kualiti.

Thursday, March 4, 2010

PEMANTAUAN P & P

Bulan Mac 2010, tiba masa untuk menjalankan tugas sebagai Pemantau kepada guru-guru Pendidikan Islam. Tujuan memantau adalah membantu rakan-rakan guru bukannya untuk mencari kelemahan. Paling penting, persediaan rancangan harian di dalam Buku Rekod Mengajar dilengkapkan. 

Friday, January 15, 2010

PROGRAM BUDAYA AL-QURAN

Pada tahun ini, Panitia Pendidikan Islam akan menganjurkan 4 slot semasa program Budaya al-Quran :
1. Usrah Guru Perempuan di Bilik Mesyuarat
2. TAQWA ( Pelajar Lelaki ) di Surau ar-Raudhah
3. TAQWA ( Pelajar Perempuan ) di Bilik Pendidikan Islam
4. Bacaan Yasin di Dataran Kejat

Ucapan terima kasih dan penghargaan kepada para pengawas yang mengurus persiapan tempat dan edaran buku yasin. Sebarang idea untuk memantapkan program di atas amat dialu-alukan.

Wednesday, January 6, 2010

PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK 2010

Untuk menjayakan setiap program, 5P perlu diberi perhatian :
P1 - Perancangan ( Strategik / Tindakan / Operasi )
P2 - Pelaksanaan ( ikut takwim )
P3 - Pemantauan ( Ketua Panitia / Ketua Bidang / Penolong Kanan / Pengetua
P4 - Penilaian ( Post mortem - SWOT )
P5 - Pelaporan ( guna borang khas - sertakan gambar )

Semoga pada tahun ini, semua dapat melaksanakan Program Peningkatan Akademik terutamanya Program GALUS dan Hadiah Kecemerlangan Pelajar