Monday, March 7, 2011

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT HARMONI @ NUSA DAMAI

Majlis ini telah diadakan di Padang Permainan Harmoni pada 6 Mac 2011. Majlis dimulakan dengan perarakan, bacaan doa, bacaan tilawah al-Quran, ucapan Pengerusi Persatuan Permuafakatan Penduduk Jalan Harmoni, ucapan Timbalan Pengerusi JKP Zon Nusa Damai, persembahan nasyid, ceramah maulidur rasul s.a.w., marhaban dan diakhiri dengan jamuan makan
Turut serta Ahli Majlis MPPG Nusa Damai

Berucap selaku Pengerusi Persatuan Permuafakatan Penduduk Jalan Harmoni

Thursday, March 3, 2011

FESTIVAL NASYID

Tarikh : 4 Mac 2011 ( Jumaat )
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan SMK Pasir Gudang 3
Anjuran : Kelab Nasyid dan Kompang / MAKDIS

Tuesday, March 1, 2011

PROGRAM MINGGU INI ( 28 FEBRUARI - 6 MAC 2011 )

28/2 - Mesyuarat MAKDIS di SK Seri Kota Puteri 4
1/3 - Bengkel Penandaan PMR/SPM di SMK Taman Desa Jaya
2/3 - Mesyuarat AJK Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang di PPD Pasir Gudang
3/3 - Mesyuarat AJK MTQ Zon Masai Daerah Pasir Gudang di SMK Seri Kota Puteri 2
4/3 - Program TAQWA Tingkatan 4 / Festival Nasyid di Dewan SMK Pasir Gudang 3
5/3 - Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil di Harmoni 1 @ Nusa Damai
6/3 - Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW di Padang Harmoni 

Saturday, February 26, 2011

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W. PERINGKAT SMK PASIR GUDANG 3

Johan Pertandingan Perarakan - Tingkatan 5 ST
Alhamdulillah, program ini telah berjaya dilaksanakan pada 26 Februari 2011 ( Sabtu ). Majlis bermula dengan perarakan yang dikendalikan oleh Cikgu Radhi-sarapan pagi diuruskan Cikgu Ida Marlini dan rakan-rakan. Acara dewan bermula jam 9.30 pagi  dengan ucapan Pengerusi Majlis - Cikgu Ikhwan, ucapan Penyelaras MAKDIS - Ustaz Adhar, persembahan pelajar yang diurus oleh Ustazah Nor Aznita dan Ustazah Hadawiah. Majlis diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mahmood bin Kassim, Penolong PPD Pendidikan Islam, Daerah Pasir Gudang. Kemuncak majlis adalah penyampaian hadiah untuk pertandingan Kuiz, Azan, Melukis Poster, Penulisan Dakwah, Perarakan dan Anugerah Khas Maulidur Rasul S.A.W. Majlis diakhiri dengan selawat dan makan tengahari

Wednesday, February 23, 2011

PERSEMBAHAN KOMPANG

Pada 21 Februari 2011, pasukan kompang SMK Pasir Gudang 3 telah dijemput untuk membuat persembahan bagi menyambut kedatangan peserta Festival Layang-Layang Sedunia kali ke-16 di Homestay Perigi Acheh. Seramai 6 orang pelajar telah menjayakan persembahan kompang dan diiringi oleh dua orang guru Penasihat Kelab Nasyid dan Kompang  Ustazah Marlina dan Puan Nor Faizan

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W.

Tarikh : 26 Februari 2011 ( Sabtu )
Tempat : Padang dan Dewan SMK Pasir Gudang 3
Pengisian : 1. Perarakan
                 2. Persembahan
                 3. Ceramah
                 4. Penyampaian hadiah : Azan / Melukis Poster / Penulisan Dakwah / Kuiz / Anugerah Khas
" 1 Malaysia 1 Ummah " 

PROGRAM PEMANTAPAN ROHANI

Tarikh : 25 - 26 Februari 2011 ( Jumaat - Sabtu )
Tempat : Bilik Pendidikan Islam, Surau ar-Raudhah dan Dewan
Pengisian : 1. Solat Maghrib berjemaah
                 2. Kuliah Maghrib
                 3. Solat Isyak berjemaah
                 4. LDK
                 5. Qiamullail
Peserta : Pelajar Tingkatan 2 KT1, 1 PD1 dan 10 orang ahli Persatuan Agama Islam