Sunday, February 12, 2012

KELAS TAMBAHAN 2012

JK Program Peningkatan Akademik 2012 telah bersetuju untuk menganjurkan Kelas Tambahan bagi semua pelajar tingkatan 3 dan 5 mulai 13 Februari 2012 ( 1.10 - 2.10 petang ). Kelas akan diadakan pada setiap hari Isnin dan Selasa.

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT HARMONI @ NUSA DAMAI


Pada 10 Februari 2012 ( Jumaat ) telah diadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. Peringkat Harmoni @ Nusa Damai. Pentazkirah undangan : Ustaz Nasir dari SMK Permas Jaya 3.Antara isi tazkirah : kita kena berusaha mengamalkan segala sunnah Rasulullah S.A.W dan untuk berubah perlu ada 5 I - Informasi/Intelek/Ilmiah///Islamik. Aturcara majlis : Solat Maghrib , Bacaan Yasin, Tazkirah, Solat Isyak, Mesyuarat Agung Persatuan Permuafakatan Penduduk Jalan Harmoni dan Jamuan

Thursday, February 9, 2012

KELAHIRAN CAHAYA MATA

ALHAMDULILLAH, pada 8 Februari 2012 - jam 3.30 petang di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru lahir anak keempat ( perempuan ) . Terima kasih kepada doktor dan jururawat yang bertugas tanpa mengira masa. Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi ucapan tahniah dan bertanya khabar

Thursday, February 2, 2012

PERJUMPAAN KOKURIKULUM - PERSATUAN AGAMA ISLAM

Pada 1/2/2012 bertempat di Bilik Pendidikan Islam telah diadakan perjumpaan bulanan. Antara aktiviti yang telah dijalankan : Nasyid Asmaul Husna, Solat Zohor secara berjemaah dan Gotong Royong membersihkan surau dan Bilik Pendidikan Islam 

Thursday, January 19, 2012

PROGRAM HARI JUMAAT ( 20/01/2011 )

1. BUDAYA AL-QURAN - tingkatan 1, 3 dan 5 - tazkirah oleh Ustazah Syarifah Ulwiyah bt Kliwon
2. TAQWA ( LELAKI ) - tingkatan 4 - tazkirah oleh Ustaz Adhar bin Baharim
3. TAQWA ( PEREMPUAN ) - tingkatan 4 - tazkirah oleh Ustazah Indok Nurul Hudayah bt Mohd Amin
4. USRAH GURU - tazkirah oleh Ustazah Halimah bt Ab Rahman

Monday, January 16, 2012

KMK PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

Pada 16/01/2012 ( Isnin ) telah diadakan KMK Panitia Pendidikan Islam di Bilik Rehat Guru. Slot 1 : Sesi Pagi ( 1.20 - 2.20 petang ) dan Slot 2 : Sesi petang ( 2.45 - 3.15 petang ). Antara perkara yang dibincang : 1. MAKDIS 2. Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW 3. Buku Rekod Mengajar 4. Pencerapan P & P 5. Pemantauan Buku Latihan

Saturday, January 14, 2012

CERAMAH KEIBUBAPAAN

Pada 14/01/2012 telah diadakan Ceramah Keibubapaan di Dewan SMK Pasir Gudang 3. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Muliade bin Umat @ Bidin. Antara isi penting : 1. Semua anak boleh berjaya - tidak kira miskin atau kaya 2. Usaha perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan 3. Beri perhatian dan luangkan masa bersama anak-anak 4. Ciuman dan Pelukan daripada ibu bapa dapat merapatkan hubungan dengan anak-anak.