Sunday, June 27, 2010

PROGRAM MINGGU INI

28hb Jun 2010 - Pengurusan Kadet Bomba / Mesyuarat Program Rakan Alam Sekitar
29hb Jun 2010 - Program GALUS Pendidikan Islam SPM / Pengurusan Masjid Taman Nusa Damai
30hb Jun 2010 - Raptai Persidangan Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor / Jemputan ke Majlis Pengisytiharan Majlis Perbandaran Pasir Gudang
1 - 2 hb Julai 2010 - Persidangan Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor di Hotel Selesa Pasir Gudang
3hb Julai 2010 - Majlis Tahlil dan Aqiqah di No. 23, Jalan Harmoni 7, Taman Nusa Damai

Monday, May 24, 2010

SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PENDIDIKAN ISLAM DAERAH PASIR GUDANG

Program ini dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang dengan kerjasama Majlis Guru Cemerlang Pendidikan Islam/Bahasa Arab pada 24 Mei 2010 di PPD Pasir Gudang. Tahniah kepada rakan-rakan GC yang telah bekerjasama menjayakan program ini. Tahniah kepada Ustazah Kamisah bt Mohd Napiah ( SMK Taman Rinting 2 ) - Johan kategori Sekolah Menengah dan Ustazah Noor Wahimah bt Mahat ( SK Pasir Gudang 4 ) - Johan kategori Sekolah Rendah dan pemenang-pemenang yang lain. Terima kasih kerana telah berkongsi idea dan pengalaman untuk menjalankan P & P dengan lebih berkesan dan menarik minat pelajar.

MULTAQA GURU PENDIDIKAN ISLAM DAERAH PASIR GUDANG

Program ini telah diadakan di SMKA Johor Bahru pada 22 Mei 2010. Ceramah oleh Ustaz Hanafiah bin Abd Razak ( Jabatan Mufti Johor ) - isi-isi penting : 1. Guru - guru agama diberi pengiktirafan oleh Allah SWT di dalam surah al-A'raf ayat 181 ( dan di antara orang-orang yang kami ciptakan ada umat yang memberi petunjuk dengan hak dan dengan hak itu pula mereka menjalankan keadilan ). 2. Hadis nabi -riwayat Ibnu Majah : ... sekumpulan daripada umatku - tidak memberi kemudharatan kepada mereka - sesiapa yang sering menyalahkannya dan sesiapa yang mencari kelemahannya = GPI - jangan lemah semangat / rasa kecewa dan berputus asa. 3. Pesan Rasulullah saw kepada Saidina Umar r.a. : Bersemangat untuk melakukan perkara yang memberi manfaat / Mohonlah dengan Allah ( berdoa ) / Jangan berputus asa
4. Fahamilah tugas sebagai seorang muallim, mudarris, murabbi, muaddib.

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU


Selamat Hari Guru buat semua guru yang telah mengajar saya - khasnya Ustaz Jawahir, Cikgu Arsyad dan Cikgu Noor Aini - terima kasih kerana telah menjadikan saya seorang guru pada hari ini. Semoga Allah memberkati segala usaha para guru kita.
Gambar 1 : 
Ustaz Jawahir ( guru & bapa ) di Kuala Woh -  1991

Gambar 2 :
Cikgu Arsyad - guru Sains

Gambar 3 :
Barisan Pendidik Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh - 1991

Friday, May 14, 2010

SIJIL PENGHARGAAN PPD PASIR GUDANG


Keputusan  SPM 2009, telah menempatkan Tasawwur Islam sebagai salah satu daripada mata pelajaran yang mendapat pengiktirafan PPD Pasir Gudang untuk kategori Peningkatan Gred Purata Mata Pelajaran ( GPMP )  . Harapan kepada calon SPM 2010 agar dapat meneruskan kecemerlangan ini.

PROGRAM GALUS TASAWWUR ISLAM SPM

Program ini diadakan pada 12 Mei 2010 ( Rabu ) - jam 1.10 - 2.10 petang di kelas Permata An-Nur.
Kehadiran agak baik dan para pelajar bersemangat tinggi untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam Tasawwur Islam. Tahniah dan yakinlah bahawa jika kita berusaha bersungguh - sungguh pasti berjaya. Katakan YA pada kejayaan !

PROGRAM GALUS PENDIDIKAN ISLAM SPM

Program ini telah dijalankan pada hari Selasa ( 11 Mei 2010 ) jam 1.10 - 2.10 petang. Tujuannya adalah untuk membantu para pelajar yang mendapat keputusan 8E dan 9G semasa peperiksaan akhir tahun 2009 agar sekurang-kurangnya lulus dalam Pendidikan Islam SPM. Namun kehadiran agak menyedihkan - harapannya agar para pelajar sedar dan kembali bangkit untuk mencapai kejayaan. Katakan TIDAK pada kegagalan !