Thursday, September 22, 2011

MARHABAN @ HARMONI

1. 19/09/2011 - HARMONI 4, 5 & 6
2. 20/09/2011 - HARMONI 7
3. 21/09/2011 - HARMONI 2
4. 22/09/2011 - HARMONI 8
5. 23/09/2011 - HARMONI 1
6. 26/09/2011 - HARMONI 3
7. 27/09/2011 - HARMONI 9

Majlis bermula pada jam 8.45 malam

Tuesday, July 26, 2011

PROGRAM PENGAMALAN SAKINAH

LEMBU 1 SELESAI DISEMBELIH
Pada 23- 24 Julai 2011, JKP Zon Nusa Damai dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim Daerah Johor Bahru telah menganjurkan Program Pengamalan SAKINAH di Surau Taman Nusa Damai. Antara pengisisan program - Penyembelihan Aqiqah ( 2 ekor lembu ), Mencukur Rambut Bayi, Khatam al-Quran dan Penyerahan Taklif.
ANTARA BAYI YANG BERCUKUR

LEMBU 2

KHATAM AL-QURAN

AJK BERSAMA PERASMI DAN S/U MPPG

PENYERAHAN TAKLIF

Thursday, July 14, 2011

PROGRAM PEMANTAPAN ROHANI SIRI 5

Tarikh   : 15 - 16 Julai 2011 ( Jumaat - Sabtu )
Tempat : Surau ar-Raudhah, SMK Pasir Gudang 3
Anjuran : MAKDIS

Thursday, June 23, 2011

KURSUS DAN BENGKEL LESSON STUDY

Pada 23 Jun 2011 bertempat di Dewan Seminar SK Seri Kota Puteri 4 telah diadakan Kursus Lesson Study. Program yang berasal dari Jepun  ini memberi maksud amalan guru secara KOLABORASI  dalam merancang pengajaran - membuat pemerhatian - membuat refleksi - membuat penambah baikan dalam P & P. Program seterusnya adalah : Kursus Lesson Study kepada semua Ketua Panitia Pendidikan Islam Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Daerah Pasir Gudang pada 19 Julai 2011 di SMK Pasir Gudang 2.

Monday, June 20, 2011

KHEMAH IBADAT / KEM BUGARKAN MINDAKU

LAWATAN DI TASIK ILMU
BERJALAN MASUK MASUK KE HUTAN REKREASI
MENDIRIKAN KHEMAH

SOLAT MAGHRIB
GURU PEREMPUAN TURUT SERTAI JUNGLE TRACKING
RIVER TRACKING
SESI MAKAN DALAM DULANG
PERTANDINGAN PERSEMBAHAN - JOHAN
 
Pada 17 - 18 Jun 2011, MAKDIS SMK PASIR GUDANG 3 dengan kerjasama Persatuan Agama Islam, Pergerakan Puteri Islam dan Kelab Komputer menganjurkan Khemah Ibadat - turut serta Panitia Tasawwur Islam yang menganjurkan Kem Bugarkan Mindaku. Lokasi : Hutan Rekreasi UTM. Seramai 78 orang pelajar menyertai program ini bersama 9 orang guru pengiring.

Tuesday, May 31, 2011

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU CEMERLANG

Program ini diadakan di Kem Bina Negara Gunung Pulai pada 23- 27 Mei 2011. Seramai 84 orang Guru Cemerlang dari negeri Johor dan Melaka menyertai program ini. Pengisian program dari Biro Tatanegara JPM, Bahagian Pendidikan Guru, Institut Aminuddin Baki, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti dan Majlis Guru Cemerlang Malaysia. Semoga terus cemerlang dalam segala tugasan yang diamanahkan.

Thursday, May 19, 2011

HARI PROFESIONALISME GURU CEMERLANG DAERAH PASIR GUDANG

Pada 19 Mei 2011 ( Khamis ) di UniKL Pasir Gudang, telah diadakan Hari Profesionalisme Guru Cemerlang Pasir Gudang 2011.
 Slot 1 : Inovasi oleh Encik Khoo Bhoo Khoon - terdapat 3 bentuk Inovasi P & P :
a) Amalan P & P
b) Amalan P & P berasaskan ICT
c) Produk P & P
Slot 2 : Lesson Study ( 3 orang penceramah )
Program terkini JPNJ - maksudnya : satu upaya untuk meningkatkan proses dan hasil P & P yang dilaksanakan secara kolaboratif dan berkelanjutan oleh sekelompok guru / GC sebagai moderator
Slot 3 : Pengurusan Stress ( 2 orang Kaunselor Cemerlang )
FIKIR POSITIF ELAK STRESS