Sunday, November 28, 2010

PEPERIKSAAN SPM 2010 - PENDIDIKAN ISLAM

Tarikh peperiksaan : 30 November 2010 ( Selasa ) Kertas 1 : 8.00 - 10.00 pagi, Kertas 2 : 11.15 - 12.55 t/hari. Semoga semua calon SMK Pasir Gudang 3 dapat menjawabnya dengan baik. Praktikkan ilmu teknik menjawab yang betul dan gunalah modul : Panduan Jawapan Mudah

Friday, November 19, 2010

Thursday, November 18, 2010

PROGRAM AMANAT PANITIA

Program ini telah diadakan pada hari Khamis ( 18/11/2010 ) di Galeri Sarjana, SMK Pasir Gudang 3. Saya telah berucap mewakili Panitia Tasawwur Islam. Antara isi ucapan : menjawab mengikut teknik menjawab yang betul, menguasai nota istilah dan ganjaran bagi calon yang mendapat A+, A- atau A bagi kertas Tasawwur Islam SPM. Semoga calon SPM 2010 dapat mencapai peratus kelulusan 100% dengan peningkatan GPS.

Monday, November 15, 2010

KEM PEMANTAPAN SAHSIAH PELAJAR

Pada 13 - 14 November 2010, SMK Pasir Gudang 3 menjadi tuan rumah program Kem Pemnatapan Sahsiah Pelajar Zon 2, Daerah Pasir Gudang. Seramai 128 orang pelajar dari empat buah sekolah iaiatu SMK Pasir Gudang 2, SMK Pasir Gudang 3, SMK Bandar Seri Alam dan SMK Seri Alam 2 telah menyertai program ini. Antara slotnya : Ceramah  - Apa Erti Saya Menganut Islam, LDK, Riadhah ( Explorace ), Kuliah Maghrib, Muhasabah Diri, Qiamullail, Bacaan Yasin dan Seminar Anda Bijak Jauhi Zina.

Monday, November 8, 2010

LAWATAN KE SINGAPURA

Persembahan pelbagai burung di Jurong Bird Park


Taklimat sebelum bertolak
 

Depan pintu masuk Jurong Bird Park
 




Merlion Park
Pada 30 Oktober 2010, seramai 56 orang guru, staf serta anak-anak telah menyertai Lawatan ke Singapura . Antara tempat yang dilawati : Jurong Bird Park, Merlion Park, Mustafa Centre dan Sentosa Island. Ahli rombongan berkumpul di sekolah seawal jam 6.30 pagi dan menaiki dua buah bas persiaran dan selamat tiba tiba di Kastam Singapura jam 9.00 pagi. Jadual lawatan agak padat dan kami selamat tiba di SMK Pasir Gudang 3 jam 12.30 malam.

Beach Station, Sentosa Island


Laluan ke Universal Studios Singapore

 



Tuesday, September 28, 2010

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM - TASAWWUR ISLAM

Tahniah kepada MAYA AIRANI BT ASPAR yang berjaya mendapat markah tertinggi - 90, diikuti oleh AINA SYAFINA BT A. AZIZ dengan markah 87. SYABAS diucapkan kepada Vijayashanti kerana mendapat markah 80. Bagi pelajar yang gagal seramai 5 orang - teruskan usaha pasti anda akan berjaya. KATAKAN TIDAK PADA KEGAGALAN !

Monday, August 16, 2010

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM PENDIDIKAN ISLAM

Tarikh peperiksaan : Khamis ( 19 Ogos 2010 )
8.15 - 10.15 : Pendidikan Islam 1
10.50 - 12.30 : Pendidikan Islam 2
* beri perhatian kepada Tajuk-tajuk Tudingan 2010 dan rujuk Modul Panduan Jawapan Mudah
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Tuesday, August 10, 2010

SOLAT HAJAT PERDANA PMR & SPM

Program ini telah diadakan di Masjid Perjiranan 9 pada 5 Ogos 2010
Antara jemaah lelaki yang hadir
Ustaz Adhar mengetuai bacaan Yasin
Cikgu Shahalan sedang menyampaikan cenderahati kepada Imam Moin
Antara jemaah perempuan di ruangan khas untuk muslimat

Monday, August 9, 2010

PROGRAM IHYAK RAMADHAN 1431H

              
Antara pengisian :
1. Tazkirah Ramadhan
2. Tabung Kemanusiaan Palestin
3. Klinik al-Quran
4. Kuiz Ramadhan
5. Nuzul al-Quran
6. Tadarus al-Quran
7. Iftar Jamaie
8. Khatam al-Quran
9. Sumbangan Aidil Fitri

Monday, August 2, 2010

PROGRAM MINGGU INI ( 2 - 7 OGOS 2010 )

2hb - Seminar Kajian Tindakan Pendidikan Islam Peringkat Negeri Johor Zon Selatan di PPD Pasir Gudang
3hb - Perjumpaan GPI / Program Immersion Daerah Pasir Gudang di SMK Pasir Putih
4hb - Program GALUS Tasawwur Islam
5hb - Program Solat Hajat Perdana di Masjid Perjiranan 9
6hb - Majlis Pelancaran Program Ihya' Ramadhan dan Pelancaran Tabung Kemanusiaan Palestin
7hb - Program Bimbingan Pendidikan Islam PMR

Monday, July 26, 2010

PROGRAM WACANA ILMU DAN MAJLIS PELANCARAN TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN

Program ini telah diadakan di Dewan Mawar Gemilang, SMK Pasir Gudang 2. Sesi 1 adalah perkongsian pengalaman Ustaz Hasanuddin bin Mohd Yunus ( peserta Mavi Marmara ) dengan tajuk " Memahami Isu Palestin " . Sesi 2 adalah ceramah yang bertajuk : Ana Murabbi Wa Mursyid, disampaikan oleh Ustaz Mohd Rifqi. Intipati ceramah ... setiap guru perlu menjadi :
  1. MUALLIM - pakar dalam bidangnya
  2. MUDARRIS - tekun dalam P & P
  3. MUADDIB - ada nilai beradab
  4. MURABBI - P & P menjurus kepada unsur dan elemen ketuhanan
  5. MURSYID - boleh dijadikan qudwah dalam akhlak dan tingkahlakunya

PROGRAM MINGGU INI ( 26 - 31 JULAI 2010 )

27hb - Taklimat PTK Sesi Oktober 2010
28hb - Program GALUS Tasawwur Islam / Lawatan Benchmark dari SMK Johor Jaya 1
29hb - Ceramah Kecemerlangan PMR di SMK Taman Daya 2
29hb - Ceramah Kecemerlangan PMR di SMK Taman Pasir Putih
29hb - Tazkirah Maghrib sempena Program Pemantapan Rohani
30hb - Program TAQWA Tingkatan 3
31hb - Program Kecemerlangan Pendidikan Islam SPM di SMK Pasir Gudang 3

Sunday, July 18, 2010

PROGRAM MINGGU INI ( 19 - 25 JULAI 2010 )

20hb - Mesyuarat Program Immersion di PPD Pasir Gudang
21hb - Program GALUS Tasawwur Islam
22hb - Ceramah Teknik Menjawab Pendidikan Islam PMR di SMK Kota Masai 2
24hb - Program WACANA ILMU di SMK Pasir Gudang 2

Saturday, July 10, 2010

PROGRAM MINGGU INI ( 12 - 18 JULAI 2010 )

12hb - Bengkel Pelaporan Program Pengukuhan Solat di PPD Pasir Gudang
13hb - Program GALUS Pendidikan Islam SPM
14hb - Program GALUS Tasawwur Islam SPM
15hb - Ceramah Teknik Menjawab Pendidikan Islam PMR di SMK Tanjung Puteri Resort
16hb - Majlis Anugerah Marjan
16hb - Mesyuarat AJK Program Wacana Ilmu di SMK Pasir Gudang 2
17hb - Program Rakan Alam Sekitar dan Sukan Rakyat Peringkat Parlimen Pasir Gudang

GAMBAR PERSIDANGAN MGC PERINGKAT NEGERI JOHOR

Tuesday, July 6, 2010

CERAMAH TEKNIK MENJAWAB KERTAS PEPERIKSAAN

Semua Ketua Panitia @ Penyelaras Program Panitia diminta menyediakan kertas kerja program dan surat jemputan penceramah bagi tujuan tuntutan wang dan cenderahati daripada Penyelaras Program Peningkatan Akademik SMKPG3 2010. Semasa program, sila dapatkan maklum balas 5 orang pelajar dengan menggunakan borang yang disediakan. Selepas program - sila sediakan Laporan Bergambar. Contoh kertas kerja, surat dan laporan program boleh didapati dalam Komputer A - fail : Program Peningkatan Akademik.

Sunday, June 27, 2010

PROGRAM MINGGU INI

28hb Jun 2010 - Pengurusan Kadet Bomba / Mesyuarat Program Rakan Alam Sekitar
29hb Jun 2010 - Program GALUS Pendidikan Islam SPM / Pengurusan Masjid Taman Nusa Damai
30hb Jun 2010 - Raptai Persidangan Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor / Jemputan ke Majlis Pengisytiharan Majlis Perbandaran Pasir Gudang
1 - 2 hb Julai 2010 - Persidangan Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor di Hotel Selesa Pasir Gudang
3hb Julai 2010 - Majlis Tahlil dan Aqiqah di No. 23, Jalan Harmoni 7, Taman Nusa Damai

Monday, May 24, 2010

SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PENDIDIKAN ISLAM DAERAH PASIR GUDANG

Program ini dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang dengan kerjasama Majlis Guru Cemerlang Pendidikan Islam/Bahasa Arab pada 24 Mei 2010 di PPD Pasir Gudang. Tahniah kepada rakan-rakan GC yang telah bekerjasama menjayakan program ini. Tahniah kepada Ustazah Kamisah bt Mohd Napiah ( SMK Taman Rinting 2 ) - Johan kategori Sekolah Menengah dan Ustazah Noor Wahimah bt Mahat ( SK Pasir Gudang 4 ) - Johan kategori Sekolah Rendah dan pemenang-pemenang yang lain. Terima kasih kerana telah berkongsi idea dan pengalaman untuk menjalankan P & P dengan lebih berkesan dan menarik minat pelajar.

MULTAQA GURU PENDIDIKAN ISLAM DAERAH PASIR GUDANG

Program ini telah diadakan di SMKA Johor Bahru pada 22 Mei 2010. Ceramah oleh Ustaz Hanafiah bin Abd Razak ( Jabatan Mufti Johor ) - isi-isi penting : 1. Guru - guru agama diberi pengiktirafan oleh Allah SWT di dalam surah al-A'raf ayat 181 ( dan di antara orang-orang yang kami ciptakan ada umat yang memberi petunjuk dengan hak dan dengan hak itu pula mereka menjalankan keadilan ). 2. Hadis nabi -riwayat Ibnu Majah : ... sekumpulan daripada umatku - tidak memberi kemudharatan kepada mereka - sesiapa yang sering menyalahkannya dan sesiapa yang mencari kelemahannya = GPI - jangan lemah semangat / rasa kecewa dan berputus asa. 3. Pesan Rasulullah saw kepada Saidina Umar r.a. : Bersemangat untuk melakukan perkara yang memberi manfaat / Mohonlah dengan Allah ( berdoa ) / Jangan berputus asa
4. Fahamilah tugas sebagai seorang muallim, mudarris, murabbi, muaddib.

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU


Selamat Hari Guru buat semua guru yang telah mengajar saya - khasnya Ustaz Jawahir, Cikgu Arsyad dan Cikgu Noor Aini - terima kasih kerana telah menjadikan saya seorang guru pada hari ini. Semoga Allah memberkati segala usaha para guru kita.
Gambar 1 : 
Ustaz Jawahir ( guru & bapa ) di Kuala Woh -  1991

Gambar 2 :
Cikgu Arsyad - guru Sains

Gambar 3 :
Barisan Pendidik Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh - 1991

Friday, May 14, 2010

SIJIL PENGHARGAAN PPD PASIR GUDANG


Keputusan  SPM 2009, telah menempatkan Tasawwur Islam sebagai salah satu daripada mata pelajaran yang mendapat pengiktirafan PPD Pasir Gudang untuk kategori Peningkatan Gred Purata Mata Pelajaran ( GPMP )  . Harapan kepada calon SPM 2010 agar dapat meneruskan kecemerlangan ini.

PROGRAM GALUS TASAWWUR ISLAM SPM

Program ini diadakan pada 12 Mei 2010 ( Rabu ) - jam 1.10 - 2.10 petang di kelas Permata An-Nur.
Kehadiran agak baik dan para pelajar bersemangat tinggi untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam Tasawwur Islam. Tahniah dan yakinlah bahawa jika kita berusaha bersungguh - sungguh pasti berjaya. Katakan YA pada kejayaan !

PROGRAM GALUS PENDIDIKAN ISLAM SPM

Program ini telah dijalankan pada hari Selasa ( 11 Mei 2010 ) jam 1.10 - 2.10 petang. Tujuannya adalah untuk membantu para pelajar yang mendapat keputusan 8E dan 9G semasa peperiksaan akhir tahun 2009 agar sekurang-kurangnya lulus dalam Pendidikan Islam SPM. Namun kehadiran agak menyedihkan - harapannya agar para pelajar sedar dan kembali bangkit untuk mencapai kejayaan. Katakan TIDAK pada kegagalan !

Sunday, May 9, 2010

JADUAL PROGRAM MINGGU INI

ISNIN - 8.00 pagi : Bengkel Penandaan Tasawwur Islam di SMK Seri Kota Puteri
             2.30 petang : Mesyuarat Pelaksanaan Kajian Tindakan Guru Cemerlang Pendidikan Islam di
                                 SK Seri Kota Puteri
SELASA - 1.10 petang : Program GALUS Pendidikan Islam di Kelas Permata an-Nur
RABU -1.10 petang : Program GALUS Tasawwur Islam di Bilik Tayang
KHAMIS - 8.30 pagi : Program Immersion Pendidikan Islam di SMK Tanjung Puteri Resort
JUMAAT - 2.00 petang : Program Pengukuhan Solat di Bilik Pendidikan Islam

Saturday, May 8, 2010

SIJIL PENGHARGAAN UNTUK TASAWWUR ISLAM

Terima kasih kepada calon SPM 2009 bagi mata pelajaran Tasawwur Islam kerana melonjakkan peratus kelulusan Tasawwur Islam. Harapan kepada calon SPM 2010 - agar kita dapat mencapai peratus lulus - 100 % dan bilangan pelajar yang mendapat A+, A- dan A bertambah. Tawaran istimewa - jika anda mendapat A+,A- dan A untuk mata pelajaran Tasawwur Islam dalam SPM 2010.

KURSUS DAN BENGKEL P & P BERKESAN

Pada 8 Mei 2010, Biro Latihan dan Kursus Panitia Pendidikan Islam Daerah Pasir Gudang telah berjaya menganjurkan Kursus dan Bengkel P & P Berkesan di PPD Pasir Gudang. Terima kasih kepada Ustaz Khairul Anwar bin Haji Ramlan - Guru Cemerlang dan Guru Inovasi Negeri Johor kerana sudi menyampaikan ilmu dan memberi motivasi untuk kami menjayakan P & P dengan lebih berkesan.
Sehubungan dengan itu, satu pertandingan membina bahan P & P dilancarkan dan tarikh tutupnya pada 21 Jun 2010.

PROGRAM CERAMAH TEKNIK MENJAWAB TASAWWUR ISLAM

Pada 29 April 2010, bertempat di Bilik Tayang telah diadakan Ceramah Teknik Menjawab Tasawwur Islam. Terima kasih diucapkan kepada Ustazah Zuriati bt Abd Razak - Guru Cemerlang dari SMK Pasir Gudang 2 kerana sudi menyampaikan ceramah. Cuma dukacitanya, seramai 10 orang pelajar tidak mengikuti program ini kerana tidak hadir ke sekolah. semoga para pelajar telah mendapat panduan yang secukupnya untuk menghadapi kertas peperiksaan Tasawwur Islam dan seterusnya mencapai keputusan yang cemerlang.

PROGRAM SENTUHAN GEMILANG TASAWWUR ISLAM

Pada 16 - 17 April 2010, Panitia Tasawwur Islam telah menganjurkan Program Sentuhan Gemilang di Pusat Latihan Air SAJ, Sungai Layang. Seramai 43 orang pelajar-calon Tasawwur Islam 2010 telah menyertai program ini. Harapan - agar prestasi Tasawwur Islam terus meningkat dari segi peratus kelulusan dan peratus kualiti.

Thursday, March 4, 2010

PEMANTAUAN P & P

Bulan Mac 2010, tiba masa untuk menjalankan tugas sebagai Pemantau kepada guru-guru Pendidikan Islam. Tujuan memantau adalah membantu rakan-rakan guru bukannya untuk mencari kelemahan. Paling penting, persediaan rancangan harian di dalam Buku Rekod Mengajar dilengkapkan. 

Friday, January 15, 2010

PROGRAM BUDAYA AL-QURAN

Pada tahun ini, Panitia Pendidikan Islam akan menganjurkan 4 slot semasa program Budaya al-Quran :
1. Usrah Guru Perempuan di Bilik Mesyuarat
2. TAQWA ( Pelajar Lelaki ) di Surau ar-Raudhah
3. TAQWA ( Pelajar Perempuan ) di Bilik Pendidikan Islam
4. Bacaan Yasin di Dataran Kejat

Ucapan terima kasih dan penghargaan kepada para pengawas yang mengurus persiapan tempat dan edaran buku yasin. Sebarang idea untuk memantapkan program di atas amat dialu-alukan.

Wednesday, January 6, 2010

PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK 2010

Untuk menjayakan setiap program, 5P perlu diberi perhatian :
P1 - Perancangan ( Strategik / Tindakan / Operasi )
P2 - Pelaksanaan ( ikut takwim )
P3 - Pemantauan ( Ketua Panitia / Ketua Bidang / Penolong Kanan / Pengetua
P4 - Penilaian ( Post mortem - SWOT )
P5 - Pelaporan ( guna borang khas - sertakan gambar )

Semoga pada tahun ini, semua dapat melaksanakan Program Peningkatan Akademik terutamanya Program GALUS dan Hadiah Kecemerlangan Pelajar