Sunday, November 28, 2010

PEPERIKSAAN SPM 2010 - PENDIDIKAN ISLAM

Tarikh peperiksaan : 30 November 2010 ( Selasa ) Kertas 1 : 8.00 - 10.00 pagi, Kertas 2 : 11.15 - 12.55 t/hari. Semoga semua calon SMK Pasir Gudang 3 dapat menjawabnya dengan baik. Praktikkan ilmu teknik menjawab yang betul dan gunalah modul : Panduan Jawapan Mudah

Friday, November 19, 2010

Thursday, November 18, 2010

PROGRAM AMANAT PANITIA

Program ini telah diadakan pada hari Khamis ( 18/11/2010 ) di Galeri Sarjana, SMK Pasir Gudang 3. Saya telah berucap mewakili Panitia Tasawwur Islam. Antara isi ucapan : menjawab mengikut teknik menjawab yang betul, menguasai nota istilah dan ganjaran bagi calon yang mendapat A+, A- atau A bagi kertas Tasawwur Islam SPM. Semoga calon SPM 2010 dapat mencapai peratus kelulusan 100% dengan peningkatan GPS.

Monday, November 15, 2010

KEM PEMANTAPAN SAHSIAH PELAJAR

Pada 13 - 14 November 2010, SMK Pasir Gudang 3 menjadi tuan rumah program Kem Pemnatapan Sahsiah Pelajar Zon 2, Daerah Pasir Gudang. Seramai 128 orang pelajar dari empat buah sekolah iaiatu SMK Pasir Gudang 2, SMK Pasir Gudang 3, SMK Bandar Seri Alam dan SMK Seri Alam 2 telah menyertai program ini. Antara slotnya : Ceramah  - Apa Erti Saya Menganut Islam, LDK, Riadhah ( Explorace ), Kuliah Maghrib, Muhasabah Diri, Qiamullail, Bacaan Yasin dan Seminar Anda Bijak Jauhi Zina.

Monday, November 8, 2010

LAWATAN KE SINGAPURA

Persembahan pelbagai burung di Jurong Bird Park


Taklimat sebelum bertolak
 

Depan pintu masuk Jurong Bird Park
 




Merlion Park
Pada 30 Oktober 2010, seramai 56 orang guru, staf serta anak-anak telah menyertai Lawatan ke Singapura . Antara tempat yang dilawati : Jurong Bird Park, Merlion Park, Mustafa Centre dan Sentosa Island. Ahli rombongan berkumpul di sekolah seawal jam 6.30 pagi dan menaiki dua buah bas persiaran dan selamat tiba tiba di Kastam Singapura jam 9.00 pagi. Jadual lawatan agak padat dan kami selamat tiba di SMK Pasir Gudang 3 jam 12.30 malam.

Beach Station, Sentosa Island


Laluan ke Universal Studios Singapore