Pada 16/2/2012 di SMK Taman Desa Jaya telah diadakan Bengkel Pembinaan Modul Soalan Tudingan PMR 2012 diketuai oleh Ustazah Suraiya bt Ashari dan disertai oleh 5 orang Guru Cemerlang Pendidikan Islam. Turut hadir : Ustaz Mahmood bin Kassim, Penolong PPD Pendidikan Islam
Thursday, February 16, 2012
MESYUARAT AJK TERTINGGI PERSATUAN PERMUAFAKATAN PENDUDUK JALAN HARMONI
Pada 15/2/2012 jam 9.00 malam, alhamdulillah telah mempengerusikan mesyuarat AJK TERTINGGI Persatuan Permuafakatan Penduduk Jalan Harmoni di Restoran RUZA. Agenda : AJK 2012/2013, Perancangan Aktiviti 2012, Perlembagaan Persatuan, Surau Harmoni, Program anjuran JKP Zon Nusa Damai dan Program anjuran MPPG. Mesyuarat berakhir pada jam 11.00 malam dengan jamuan yang ditaja oleh pemilik Restoran RUZA.
Sunday, February 12, 2012
KELAS TAMBAHAN 2012
JK Program Peningkatan Akademik 2012 telah bersetuju untuk menganjurkan Kelas Tambahan bagi semua pelajar tingkatan 3 dan 5 mulai 13 Februari 2012 ( 1.10 - 2.10 petang ). Kelas akan diadakan pada setiap hari Isnin dan Selasa.
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT HARMONI @ NUSA DAMAI
Pada 10 Februari 2012 ( Jumaat ) telah diadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. Peringkat Harmoni @ Nusa Damai. Pentazkirah undangan : Ustaz Nasir dari SMK Permas Jaya 3.Antara isi tazkirah : kita kena berusaha mengamalkan segala sunnah Rasulullah S.A.W dan untuk berubah perlu ada 5 I - Informasi/Intelek/Ilmiah///Islamik. Aturcara majlis : Solat Maghrib , Bacaan Yasin, Tazkirah, Solat Isyak, Mesyuarat Agung Persatuan Permuafakatan Penduduk Jalan Harmoni dan Jamuan
Thursday, February 9, 2012
KELAHIRAN CAHAYA MATA
ALHAMDULILLAH, pada 8 Februari 2012 - jam 3.30 petang di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru lahir anak keempat ( perempuan ) . Terima kasih kepada doktor dan jururawat yang bertugas tanpa mengira masa. Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi ucapan tahniah dan bertanya khabar
Thursday, February 2, 2012
PERJUMPAAN KOKURIKULUM - PERSATUAN AGAMA ISLAM
Pada 1/2/2012 bertempat di Bilik Pendidikan Islam telah diadakan perjumpaan bulanan. Antara aktiviti yang telah dijalankan : Nasyid Asmaul Husna, Solat Zohor secara berjemaah dan Gotong Royong membersihkan surau dan Bilik Pendidikan Islam
Thursday, January 19, 2012
PROGRAM HARI JUMAAT ( 20/01/2011 )
1. BUDAYA AL-QURAN - tingkatan 1, 3 dan 5 - tazkirah oleh Ustazah Syarifah Ulwiyah bt Kliwon
2. TAQWA ( LELAKI ) - tingkatan 4 - tazkirah oleh Ustaz Adhar bin Baharim
3. TAQWA ( PEREMPUAN ) - tingkatan 4 - tazkirah oleh Ustazah Indok Nurul Hudayah bt Mohd Amin
4. USRAH GURU - tazkirah oleh Ustazah Halimah bt Ab Rahman
2. TAQWA ( LELAKI ) - tingkatan 4 - tazkirah oleh Ustaz Adhar bin Baharim
3. TAQWA ( PEREMPUAN ) - tingkatan 4 - tazkirah oleh Ustazah Indok Nurul Hudayah bt Mohd Amin
4. USRAH GURU - tazkirah oleh Ustazah Halimah bt Ab Rahman
Subscribe to:
Posts (Atom)