Alhamdulillah, program ini telah berjaya dilaksanakan pada 26 Februari 2011 ( Sabtu ). Majlis bermula dengan perarakan yang dikendalikan oleh Cikgu Radhi-sarapan pagi diuruskan Cikgu Ida Marlini dan rakan-rakan. Acara dewan bermula jam 9.30 pagi dengan ucapan Pengerusi Majlis - Cikgu Ikhwan, ucapan Penyelaras MAKDIS - Ustaz Adhar, persembahan pelajar yang diurus oleh Ustazah Nor Aznita dan Ustazah Hadawiah. Majlis diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mahmood bin Kassim, Penolong PPD Pendidikan Islam, Daerah Pasir Gudang. Kemuncak majlis adalah penyampaian hadiah untuk pertandingan Kuiz, Azan, Melukis Poster, Penulisan Dakwah, Perarakan dan Anugerah Khas Maulidur Rasul S.A.W. Majlis diakhiri dengan selawat dan makan tengahari
Saturday, February 26, 2011
Wednesday, February 23, 2011
PERSEMBAHAN KOMPANG
Pada 21 Februari 2011, pasukan kompang SMK Pasir Gudang 3 telah dijemput untuk membuat persembahan bagi menyambut kedatangan peserta Festival Layang-Layang Sedunia kali ke-16 di Homestay Perigi Acheh. Seramai 6 orang pelajar telah menjayakan persembahan kompang dan diiringi oleh dua orang guru Penasihat Kelab Nasyid dan Kompang Ustazah Marlina dan Puan Nor Faizan
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W.
Tarikh : 26 Februari 2011 ( Sabtu )
Tempat : Padang dan Dewan SMK Pasir Gudang 3
Pengisian : 1. Perarakan
2. Persembahan
3. Ceramah
4. Penyampaian hadiah : Azan / Melukis Poster / Penulisan Dakwah / Kuiz / Anugerah Khas
" 1 Malaysia 1 Ummah "
Tempat : Padang dan Dewan SMK Pasir Gudang 3
Pengisian : 1. Perarakan
2. Persembahan
3. Ceramah
4. Penyampaian hadiah : Azan / Melukis Poster / Penulisan Dakwah / Kuiz / Anugerah Khas
" 1 Malaysia 1 Ummah "
PROGRAM PEMANTAPAN ROHANI
Tarikh : 25 - 26 Februari 2011 ( Jumaat - Sabtu )
Tempat : Bilik Pendidikan Islam, Surau ar-Raudhah dan Dewan
Pengisian : 1. Solat Maghrib berjemaah
2. Kuliah Maghrib
3. Solat Isyak berjemaah
4. LDK
5. Qiamullail
Peserta : Pelajar Tingkatan 2 KT1, 1 PD1 dan 10 orang ahli Persatuan Agama Islam
Tempat : Bilik Pendidikan Islam, Surau ar-Raudhah dan Dewan
Pengisian : 1. Solat Maghrib berjemaah
2. Kuliah Maghrib
3. Solat Isyak berjemaah
4. LDK
5. Qiamullail
Peserta : Pelajar Tingkatan 2 KT1, 1 PD1 dan 10 orang ahli Persatuan Agama Islam
MAJLIS TADARUS AL-QURAN PERINGKAT SMK PASIR GUDANG 3
Tarikh : 24 Februari 2011 ( Khamis )
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Pendidikan Islam, Bilik Tayang & Surau ar-Raudhah
Acara : 1. Kuiz
2. Tilawah al-Quran
3. Tulisan Khat
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Pendidikan Islam, Bilik Tayang & Surau ar-Raudhah
Acara : 1. Kuiz
2. Tilawah al-Quran
3. Tulisan Khat
Monday, February 21, 2011
PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA @ HARMONI
Program ini telah diadakan pada 20 Februari 2011 di Padang Permainan Harmoni. Program dimulakan pada jam 8.15 pagi oleh Pengerusi Majlis merangkap Timbalan Pengerusi Persatuan Permuafakatan Penduduk Jalan Harmoni ( Cikgu Rashid ), diikuti dengan ucapan Pengerusi Persatuan ( Ustaz Adhar ), senam pagi dekendalikan oleh Encik Zainuddin - seterusnya aktiviti menanam pokok - sarapan pagi dan penyampaian hadiah cabutan bertuah. Majlis berakhir pada jam 10.15 pagi selepas perlawanan bola sepak terpaksa ditamatkan kerana bola pecah disepak pemain.
PERTANDINGAN SEMPENA MAULIDUR RASUL S.A.W
- Pertandingan Azan ( 18/2/2011 )
- Penulisan Dakwah
- Melukis Poster ( 25/2/2011 )
- Kuiz ( 25/2/2011 )
- Perarakan ( 26/2/2011 )
Subscribe to:
Posts (Atom)

