Monday, May 16, 2011

MULTAQA GURU PENDIDIKAN ISLAM DAERAH PASIR GUDANG

Pada 14 Mei 2011, MAKDIS Daerah Pasir Gudang dan Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang menganjurkan MULTAQA' GURU PENDIDIKAN ISLAM di SK Kota Masai 2. Penceramah undangan adalah Ustaz Dr. Mohd. Ismail bin Musytari, Timbalan Pengarah Pusat Islam UTM, Skudai, Johor. Antara intipati Kertas Kerja beliau yang bertajuk : Cabaran Guru Sebagai Dai'e Dalam Menghadapi Arus Globalisasi  :
1. jangan banyak memberi alasan untuk menjalankan sesuatu tugasan
2. rajin buat kajian bagi setiap permasalahan
3. sentiasa cabar diri untuk berjaya
4. tanam dalam diri sifat cinta ilmu
5. rancang pelbagai program untuk pelajar
6. mainkan peranan di sekolah dan dalam masyarakat
7. dekati pelajar bermasalah
8. menjaga kualiti dalam setiap tindakan
9. bentuk diri sendiri - jaga hati
10. jangan fikir negatif

No comments:

Post a Comment