Monday, May 16, 2011

MULTAQA GURU PENDIDIKAN ISLAM DAERAH PASIR GUDANG

Pada 14 Mei 2011, MAKDIS Daerah Pasir Gudang dan Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang menganjurkan MULTAQA' GURU PENDIDIKAN ISLAM di SK Kota Masai 2. Penceramah undangan adalah Ustaz Dr. Mohd. Ismail bin Musytari, Timbalan Pengarah Pusat Islam UTM, Skudai, Johor. Antara intipati Kertas Kerja beliau yang bertajuk : Cabaran Guru Sebagai Dai'e Dalam Menghadapi Arus Globalisasi  :
1. jangan banyak memberi alasan untuk menjalankan sesuatu tugasan
2. rajin buat kajian bagi setiap permasalahan
3. sentiasa cabar diri untuk berjaya
4. tanam dalam diri sifat cinta ilmu
5. rancang pelbagai program untuk pelajar
6. mainkan peranan di sekolah dan dalam masyarakat
7. dekati pelajar bermasalah
8. menjaga kualiti dalam setiap tindakan
9. bentuk diri sendiri - jaga hati
10. jangan fikir negatif

Wednesday, May 4, 2011

LAWATAN KE KUALA LUMPUR

Pada 29 - 30 April 2011, seramai 32 orang ahl Persatuan Agama Islam / Kelab Nasyid dan Kompang / Pustakawan telah menyertai Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur. Lawatan ini turut disertai oleh 4 orang guru pengiring - Ustaz Adhar, Ustazah Marlina, Cikgu Syafinaz dan Cikgu Suaida. Antara tempat yang dilawati : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, PWTC ( Pesta Buku Antarabangsa KL ), Muzium Negara, Planeterium Negara, Masjid Negara, Dataran Merdeka dan Pasar Seni.
pintu utama bangunan rektori UIAM
Luar PWTC
PESTA  BUKU ANTARABANGSA KL
RUMAH PENGINAPAN DI GOMBAK
MUZIUM NEGARA
TAKLIMAT SEBELUM BERTOLAK

Thursday, April 21, 2011

PROGRAM MINGGU INI ( 18 - 23 APRIL )

19/04/2011- Ceramah P & P Berkesan / Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam
21/04/2011- Bengkel Pemurnian Modul Kem Pemantapan Aqidah
22/04/2011- Program Budaya al -Quran
23/04/2011-Ceramah Perkembangan Staf - Pendidik dalam Islam

Friday, April 15, 2011

PROGRAM NADWAH KEPIMPINAN PELAJAR

Tarikh : 15 -16 April 2011 ( Jumaat - Sabtu )
Anjuran : MAKDIS dan Persatuan Agama Islam SMK Pasir Gudang 3
Pengisian : Solat Maghrib, Kuliah Maghrib, Solat Isyak, Bimbingan Imam dan Muazzin, Qiamullail
Peserta : Semua ahli Persatuan Agama Islam, bilal dan imam sesi petang

Sunday, April 10, 2011

PROGRAM MINGGU INI ( 11 - 16 APRIL 2011 )

11/04/2011 - Mesyuarat Lembaga Disiplin dan Badan Pengawas
12/04/2011 - Kursus Dalaman Panitia Pendidikan Islam
15/04/2011 - Program TAQWA Tingkatan 4 / Program Nadwah Kepimpinan Pelajar / Program Pemantapan Rohani
16/04/2011 - Qiamullail

Sunday, April 3, 2011

PROGRAM MINGGU INI ( 4 - 10 APRIL 2011 )

04/04/11 - Mesyuarat AJK Persatuan Permuafakatan Penduduk Jalan Harmoni di Restoran RUZA jam 9.00 malam
08/04/2011 - Program TAQWA - Tingkatan 4
09/04/2011 - Bengkel Pendidikan Islam Tingkatan 3
09/04/2011 - Rewang Maulidur Rasul S.A.W. @ Taman Nusa Damai
10/04/2011 - Maulidur Rasul S.A.W. Peringkat Taman Nusa Damai - Penyelaras Program dan Penterjemah Bacaan al-Quran

Saturday, April 2, 2011

MAJLIS TADARUS AL-QURAN DAN FESTIVAL NASYID DAERAH PASIR GUDANG

Pada 2 April 2011 telah diadakan Majlis Tadarus al-Quran dan Festival Nasyid Daerah Pasir Gudang di SK Taman Rinting 1. Tugasan SMK Pasir Gudang : Penyelaras Festival Nasyid dan Juruacara Majlis Penutupan. Alhamdulillah dapat menjalankan tugas sebagai Ketua Hakim / Hakim Bahagian Suara Pertandingan Nasyid dan Juruacara Majlis Penutupan.